Dana Cabaran Perdana

Bagi menggerakkan idea penyelidikan rentas disiplin, IDEA UKM juga telah mengadakan program jerayawara ke seluruh fakulti dan institut bagi menerangkan fungsi dan peranan IDEA UKM serta memperjelaskan lagi konsep Cabaran Perdana dalam kalangan penyelidik. Sepanjang 2 tahun Cabaran Perdana diperkenalkan, IDEA UKM telah menawarkan sebanyak 127 projek penyelidikan dengan jumlah dana sebanyak RM11.5 juta tidak termasuk sumbangan RM1.2 juta daripada pihak berkepentingan (stakeholder) yang bertemakan Cabaran- Cabaran Perdana yang dihadapi oleh negara seperti Islam Kotemporari, Malaysia Sihat Sejahtera, Malaysia Lestari, Pengukuhan STEM, Akal Budi Melayu, Pemerkasaan B40 dan Integrasi ASEAN.