Pusat IDEA UKM

 

Geran Penyelidikan Khas Top Down

  • Bicara Perdana Naib Canselor pada 4 Mac 2020 yang lalu telah menyaksikan pengumuman peruntukan dari Dana Universiti Penyelidikan sebagai pendanaan awal dan Geran Penyelidikan Khas untuk bidang-bidang keutamaan tertentu dalam memperkasakan kebitaraan dan memercukann kedudukan UKM.
  • Pusat IDEA dengan kerjasama Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) telah dipertanggungjawabkan dalam merancang, merangka strategi yang efektif terhadap penyelidikan yang bersifat quick win. Geran Penyelidikan Khas Top Down (GPK) ini telah diperkenalkan untuk penyelidikan yang menjurus kepada mod atas ke bawah (top down) dan bersifat trasdisiplin. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (MJPU) telah meluluskan agihan peruntukan ini dengan dibahagikan kepada lima (5) tema iaitu:

i.    Keterlibatan Komuniti

ii.   Pengajaran dan Pembelajaran

iii.  Penyelidikan IR4.0

iv.  Wabak Covid-19

v.   Pemartabatan Bahasa Melayu

  • Geran Penyelidikan Khas Top Down UKM (GPK) untuk tahun 2020 pada awalnya telah meluluskan sebanyak 21 projek dengan agihan peruntukan sebanyak RM813,688.00. Malahan terdapat tambahan dua (2) projek baru daripada tema Keterlibatan Komuniti berjumlah RM 34,700.00. Jumlah Keseluruhan Peruntukan Geran Penyelidikan Khas Top Down pada tahun 2020 adalah sebanyak RM 848,388.00 dengan 23 Projek secara keseluruhannya.