Bengkel Penerbitan Buku Penyelidikan Gegar Gamat Pemacu Perubahan

Bengkel Penerbitan Buku Penyelidikan Gegar Gamat Pemacu Perubahan telah diadakan pada 19 dan 20 Julai 2022 (Selasa – Rabu) di Hotel Avillion, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Penerbitan Buku Penyelidikan Gegar Gamat Pemacu Perubahan adalah perlu bagi  mengambil perhatian daripada hasrat Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) mencadangkan agar Pusat IDEA menerbitkan Buku tentang bagaimana projek/penyelidikan terbaik dapat menghasilkan output yang boleh diterjemahkan kepada pihak berkepentingan. Sasaran penerbitan buku ini adalah untuk bacaan warga UKM dan Luar UKM dengan diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Melalui bengkel ini, setiap Kluster Penyelidikan akan menyenaraikan sekurang-kurangnya dua (2) Projek/Produk Penyelidikan Gegar Gamat yang sedia ada bagi penulisan bab dalam buku.