What are you looking for?

Pelancaran Geran Penyelidikan Translasi 2021

Pelancaran Geran Penyelidikan Translasi 2021

Pusat IDEA telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dana Malaysia Research University Network (MRUN) dan dana dalaman penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi tujuan penawaran geran projek penyelidikan baharu yang bersifat translasi. Objektif utama penyelidikan translasi ini adalah untuk menyerlahkan kebitaraan universiti dalam memperkasakan projek penyelidikan berimpak yang bersifat translasi dan multidisiplin untuk manfaat pihak berkepentingan secara signifikan, khususnya pihak kerajaan, industri dan komuniti, sekaligus menyokong kelestarian ekosistem penyelidikan UKM.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan (JKP&P) Khas Bil. 2/2021 pada 27 September 2021 telah meluluskan sebanyak 24 permohonan TR-UKM bagi tahun 2021 dengan peruntukan sejumlah RM 1,889,695.00.

Pada 11 Mac 2022, Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM) dengan Kerjasama Pusat IDEA UKM, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) dan Institut IR4.0 telah mengadakan Majlis Pelancaran Pemula@UKM, Majlis Pelancaran Geran Translasi UKM dan Perasmian Akademia Siber Teknopolis (AST). Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak bin Jaafar, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.