Pusat IDEA UKM

 

Geran Translasi UKM (TR-UKM)

Sesuai dengan Naratif Baharu UKM yang telah disampaikan oleh Naib Canselor, Universiti Kebagsaan Malaysia, Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dalam Bicara Perdana dan di bawah prakarsa Translasi, Pusat IDEA UKM (IDEA-UKM) telah membuka permohonan Geran Translasional UKM (TR-UKM) bagi Tahun 2021 pada 2 Julai 2021 sehingga 16 0gos 2021. Mesyuarat Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan (JKP&P) Khas Bil. 2/2021 pada 27 September 2021 telah meluluskan sebanyak 24 permohonan TR-UKM bagi tahun 2021 dengan peruntukan sejumlah RM 1,889,695.00.

Objektif Geran Translasional UKM (TR-UKM) adalah untuk:

  1. Menghasilkan penyelesaian yang komprehensif terhadap isu-isu semasa negara
  2. Output projek menyumbang kepada KPI universiti penyelidikan dan pihak-pihak berkepentingan.
  3. Menghasilkan produk/outcome yang boleh diterjemahkan dan dikomersialkan

Hasil Penyelidikan yang diharapkan daripada geran ini adalah Harta Intelek, IP, pengkomersialan, kertas polisi, Penerbitan (artikel jurnal, buku, bab dalam buku), Impak (manfaat kepada pihak berkepentingan), Video (visibiliti penyelidik dan penyelidikan), Jangkauan Penyelidikan (sesi bersama industri) dan Perjanjian Kerjasama (MoU dan MoA).