Pusat IDEA UKM dengan kerjasama Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) telah menganjurkan Kursus Penulisan Jurnal dan Bab Dalam Buku pada 13 Oktober secara dalam talian dan diteruskan secara fizikal pada 15 hingga 16 Oktober 2025 di Royal Park Hotel @ UNITEN, Bangi. Objektif kursus ini adalah untuk memperkukuh keupayaan pengawai dalam penulisan ilmiah dan penerbitan berimpak tinggi. Penganjuran ini turut mengambil kira kerjasama strategik di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) antara CIAST dan UKM yang telah lama terjalin sebagai usaha berterusan memperkasa budaya penyelidikan serta memperluas jaringan akademik dan profesional. Kursus ini dibantu oleh pensyarah selaku fasilitator yang terdiri daripada Kumpulan Penyelidikan Universiti (KPU) Dinamika TVET UKM yang berpengalaman dan pakar dalam bidang tersebut. Peserta bengkel ini terdiri daripada warga CIAST, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), ADTEC Jabatan Tenaga Manusia, Politeknik serta Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM). Peserta yang terlibat merupakan mereka yang pernah menyertai program TVET Fellowship, New Emerging Technology (NET) serta Latihan Sangkutan Industri (LSI). Diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang diperoleh untuk meningkatkan kualiti penulisan dan penerbitan hasil penyelidikan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ilmu dalam bidang TVET di Malaysia.

#IDEAUKM #IlmuMutudanBudi #UKMSharing #CIAST #TVETMalaysia

Tinggalkan Balasan

Your email address will not be published.

You may use these <abbr title="HyperText Markup Language">HTML</abbr> tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

*