Institute of Microengineering and Nanoelectronics

 Institute of Microengineering and Nanoelectronics

Honorary Doctorate


PROF. DR. EDWARD YI CHANG


National Yang Ming Chiao Tung University, Taiwan


Prof. Chang ialah seorang tokoh terkemuka dalam dunia industri semikonduktor Taiwan. Beliau adalah pelopor industri semikonduktor kompaun di Taiwan yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan industry tersebut di tanah airnya. Pencapaian Prof. Chang termasuk lebih 85 paten/harta intelek dari seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, Jepun, China, Taiwan dan Jerman. Beliau telah menerima pelbagai anugerah daripada Kementerian Sains dan Teknologi Taiwan dan Kementerian Ekonomi, Anugerah TECO yang berprestij dan dipilih sebagai Fellow IEEE dan Fellow of The Japan Society of Applied Physics. Prof. Chang telah memulakan kerjasama beliau dengan Insititut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) UKM sejak tahun 2005 iaitu lebih daripada 15 tahun, menerusi pengasas IMEN, Prof. Dato’ Dr. Burhanuddin. Beliau telah bekerjasama secara meluas dengan institut penyelidikan Malaysia seperti TMRD dan IMEN, UKM dalam bidang komunikasi tanpa wayar dan elektronik hijau. Prof. Chang juga memulakan dan mewujudkan program dwi ijazah antara NYCU Taiwan dan UKM serta memperkenalkan biasiswa untuk pelajar program bersama yang ditaja oleh UMC Taiwan.

PROFESOR DR. ASAD MADNI


University of California Los Angeles, USA


Prof. Asad Madni adalah Pengerusi, Presiden dan CEO Systron Donner Corporation selama 18 tahun dalam pembangunan system dan peralatan frekuensi radio dan gelombang mikro sebelum menerajui BEI Technologies (syarikat sensor yang menggunakan teknologi MEMS) dari tahun 1992 hingga 2006. Beliau mempelopori pembangunan dan pengkomersilan beberapa revolusi teknologi termasuk system microsensor pintar untuk kegunaan aeroangkasa, komersil dan untuk industry pengangkutan. Sumbangan beliau memainkan peranan dalam system Pemilih Bintang Teleskop Angkasa “Hubble” dan merevolusi teknologi chip Giro Kuartza MEMS (untuk menetapkan kedudukan). Pada tahun 2011, beliau dipilih sebagai US National Academy of Engineering (pengiktirafan tertinggi jurutera USA atas sumbangan pembangunan dan pengkomersilan sensor dan system untuk aeroangkasa dan keselamatan automotif.  Prof. Asad Madni telah memberikan banyak pandangan dan galakan kepada IMEN tentang pengkomersilan teknologi MEMS.

PROFESOR DR. MASBAH ROTUANTA TAGORE SIREGAR


Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Indonesia


Seorang tokoh yang terkenal di Indonesia dalam bidang mikroelektronik, laser dan optoelektronik. Sering dijemput menjadi penyelidik tamu di university luar negara seperti Tokyo Institute of Technology, Jepun, di Academia Sinica di Shanghai, RRC dan di Kanazawa University, Jepun. Mendapat anugerah Satya Lencana Pembangunan dari Pemerintah Indonesia atas sumbangan kepada negara beliau seperti untuk pembangunan fabrikasi komponen elektronik hybrid yang dapat digunakan oleh syarikat telekomunikasi Indonesia dan pembangunan system pollution monitoring system di sepanjang Sungai Berantas di Jawa Timur.

Pelopor kerjasama penyelidikan IMEN-LIPI dan memperkenalkan IMEN kepada masyarakat penyelidik teknologi semikonduktor Indonesia menerusi seminar bersama IMEN-LIPI di Bandung yang disertai oleh kalangan penyelidik Indonesia seterusnya merintis jalan untuk jaringan di negara tersebut.

PROFESOR DR. JONG DUK LEE


Seoul National University (SNU), Korea Selatan


Prof. Lee adalah seorang tokoh ternama dan disegani di Korea kerana membangunkan industri semikonduktor dan menjadi penasihat tentang kemajuan bidang ini bagi negara tersebut sehingga mendapat gelaran “Bapa Semikonduktor Korea”. Beliau menubuhkan Inter-Varsity Semiconductor Research Center (ISRC) di Seoul National University. Penyelidikan beliau banyak mempelopori teknologi dan struktur CMOS sub-mikro, sensor imej CMOS, field emission display dan TFT organik. Beliau memiliki paten-paten dari USA, Jepun dan Korea.  Menerusi beliau, Prof. Dato’ Dr. Burhanuddin Yeop Majlis dan dua orang staf IMEN berpeluang membuat projek penyelidikan fabrikasi mikrofon di bilik mikrofabrikasi di ISRC, SNU yang eksklusif dan Prof. Dato’ Burhanuddin menjadi professor pelawat yang pertama dari Malaysia di SNU. Prof. Jong Duk Lee banyak memberi pandangan dan panduan termasuk sokongan kewangan kepada IMEN berkenaan pembangunan IMEN, berdasarkan pengalaman beliau membangunkan ISRC di SNU untuk melancarkan perkembangan penubuhan IMEN dan komitmen beliau untuk membantu memajukan teknologi semikonduktor Malaysia. Beliau turut mengatur lawatan pihak IMEN ke Samsung Nano City untuk melihat aktiviti Samsung dan kilang GMEMS di Incheon untuk melihat kemudahan fabrikasi MEMS. Beliau memperkenalkan IMEN, UKM kepada masyarakat penyelidik teknologi semikonduktor Korea lalu membuka ruang kerjasama penyelidikan jangka panjang dengan universiti Korea seperti SNU yang berprestij , Kyungpook National University dan Korea University.

Translate »