Institute of Microengineering and Nanoelectronics

 Institute of Microengineering and Nanoelectronics

IJEN

IMEN JUNIOR ELECTRONICS AND NANOTECHNOLOGY CAMP (IJEN)

Latar belakang program:

Berikutan Dasar Sains dan Teknologi Negara yang menggalakkan pendedahan bidang sains, teknologi, kejuruteraan, seni, dan matematik (STEAM) kepada kalangan pelajar-pelajar sejak kecil, IMEN mengambil inisiatif untuk mengadakan satu program yang akan mendedahkan pelajar-pelajar kepada bidang kejuruteraan elektrik, elektronik serta nanoteknologi untuk memberi gambaran kepada mereka tentang keseronokan bidang ini untuk menarik minat mereka selain ditambah pengetahuan tentang revolusi industri 4.0 (IR4.0).

 

Objektif program:

  • Memperkenalkan nanoteknologi yang berlaku dalam skala nano(1-100nm) menghasilkan produk dengan sifat baru yang berbeza dan lebih berkesan daripada bahan yang sama, dalam keadaan pukal yang lebih besar atau atom yang lebih kecil. Oleh yang demikian, program ini akan mendedahkan kepada pelajar mengenai nanoteknologi iaitu penggunaan dan manfaatnya kepada manusia.
  • Belajar mengenali komponen-komponen asas litar elektronik dan nanoteknologi menggunakan Elenco Snap Circuit menerusi eksperimen hands-on atau secara atas talian (apps).
  • Mengetahui litar elektrik ringkas dan mengaitkan dengan kehidupan harian.
  • Mengenali pengalir dan penebat menggunakan barang-barang kegunaan harian.
  • Menunjukkan kepada pelajar-pelajar bahawa kejuruteraan elektrik dan elektronik serta nanoteknologi adalah bidang yang menarik dan menyeronokkan.
  • Membuat projek-projek mudah secara individu untuk menerokai aspek berlainan tentang elektrik dan nanoteknologi dan mencungkil bakat kreativiti dan inovasi pelajar-pelajar melalui pertandingan.

 

Kategori penyertaan:

  • Terbuka
  • Pelajar sekolah Malaysia berumur 10-15 tahun

 

Cara penyertaan:

Peserta hendaklah mendaftar permohonan secara dalam talian melalui pautan https://bit.ly/JuniorElectronics2022 dengan melengkapkan butiran yang diperlukan.

Program kali ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian dan penyertaan adalah percuma. Hanya 500 penyertaan terawal akan dibekalkan dengan kit ujikaji manakala untuk penyertaan yang selebihnya, para peserta boleh menonton aktiviti sepanjang program melalui link yang tertera di laman web IJEN.

 

 

Frequently Ask Question

  1. Apa itu IJEN 2022?

IMEN Junior Electronics and Nanotechnology Camp merupakan satu program yang akan mendedahkan pelajar-pelajar kepada bidang kejuruteraan elektrik, elektronik serta nanoteknologi.

 

  1. Berapakah yuran penyertaan?

Penyertaan untuk sesi bulan September adalah PERCUMA. Program ditaja sepenuhnya oleh National Nanotechnology Centre (NNC), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sempena Minggu Sains Negara 2022.

 

  1. Siapa yang boleh menyertai IJEN 2022 sertai?

Pelajar-pelajar sekolah Malaysia yang  berumur antara 10-15 tahun

 

  1. Bagaimana dan di mana program dijalankan?

Program dianjurkan oleh Institut Kejuruteraan Mikro & Nanoelektronik (IMEN, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian.

 

  1. Saya berminat. Bagaimana untuk mendaftar?

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan borang pendaftaran berikut https://bit.ly/JuniorElectronics2022

 

  1. Apakah kelebihan menyertai program ini?

Pelajar dapat mengenali dan memahami komponen-komponen asas litar elektronik dan pengenalan nanoteknologi  melalui eksperimen hands-on

 

  1. Adakah peserta akan diberikan sijil penyertaan?

Ya, e-sijil akan diberikan kepada peserta melalui email.

 

  1. Perlukah saya menyediakan kit eksperimen sendiri?

Kit eksperimen akan dihantar melalui pos secara PERCUMA kepada 500 peserta terawal sahaja sebelum program dijalankan.

 

  1. Berapa bilangan peserta yang boleh menyertai program ini?

Platform dalam talian Zoom terbuka kepada 1000 penyertaan. Walaubagaimanapun,  kit eksperimen terhad kepada 500 penyertaan terawal. Siapa Cepat Dia dapat. Bertindaklah segera!!

 

  1. Bolehkah saya mendaftar lagi selepas 500 penyertaan?

Pendaftaran selepas 500 penyertaan, tiada kit disediakan tetapi boleh menonton semua aktiviti sepanjang program secara dalam talian.

 

  1. Berapa lama setiap sesi?

Program akan berlansung selama 3 jam setiap sesi.

 

Hubungi kami:

ukmimen@gmail.com

03-89217111/7113, 03-89118020/8153/8567

Translate »