Proteomik

Proteomik adalah kajian mengenai sekumpulan lengkap protein (proteome) dan tujuannya adalah untuk mengenal pasti dan mengkuantitikan semua (atau sebahagian besar) protein yang diekspreskan dalam tisu atau keadaan organisma yang berbeza. Terdapat banyak jenis atau fungsi protein, misalnya seperti enzim dalam proses pengawalseliaan dan proses biokimia dan bertindak sebagai antibodi dalam sistem ketahanan tubuh, sebagai komponen struktur dan juga dalam pengangkutan molekul. Oleh itu, proteomik akan membolehkan kita memahami pengawalaturan seluruh populasi protein, korelasi di antara protein-protein ini dan juga fungsi rangkaian biologi yang kompleks.