Soalan Lazim
EMEL @UKM.EDU.MY
S1 : Saya tidak pernah membuat permohonan pertukaran emel lama @ukm.my ke emel baru @ukm.edu.my sebelum ini. Apakah yang perlu saya lakukan?
J1 : Emel baru anda @ukm.edu.my telah diwujudkan secara automatik. Login ke dalam http://www.ukm.my/spek. dan klik menu SEMAKAN untuk mendapatkan alamat emel baru @ukm.edu.my dan katalaluan sementara.
S2 : Bagaimana ingin mendapatkan katalaluan bagi emel baru @ukm.edu.my?
J2 : Login ke dalam Sistem Permohonan Emel Kakitangan url: http://www.ukm.my/spek. Klik menu SEMAKAN.
S3 : Bagaimana ingin capai emel baru @ukm.edu.my
J3 :
i. Akses http://mail.ukm.edu.my atau http://mail.google.com. Login menggunakan alamat emel penuh cth : xyz@ukm.edu.my.
ii. Jika pertama kali login, pengguna perlu masukkan katataluan sementara yang boleh disemak di http://www.ukm.my/spek.
S4 : Apa yang perlu dilakukan bagi pengguna yang pertama kali login ke emel baru?
J4 :
i. Pengguna perlu login seperti di Jawapan 3 (J3)
ii. Klik ” I accept. Continue to my account “.
iii. Tukar katalaluan kepada katalaluan baru sebanyak 2 kali. Katalaluan perlu sekurang-kurangnya 8 aksara.
S5 : Bagaimana ingin mendapatkan emel lama @ukm.my?
J5 :
i. Emel lama boleh diperolehi dari http://webmail.ukm.my sehingga 15 Jun 2014.
ii. Jika pengguna menggunakan client mail seperti Mozilla Thunderbird, Microsoft Outlook atau Eudora, emel lama masih tersimpan di dalam komputer.
S6 : Bagaimana ingin setup emel baru @ukm.edu.my di mobile / Microsoft Outlook / Mozilla Thunderbird?
J6 : Rujuk manual pengguna yang telah disediakan di laman web http://www.ukm.my/infomail.
S7 : Saya terlupa katalaluan emel @ukm.edu.my
J7 : Rujuk manual pengguna http://www.ukm.my/infomail/lupa-katalaluan/
S8 : Adakah saya masih boleh terima emel jika pengirim menghantar ke alamat emel lama (@ukm.my)?
J8 : Ya, emel yang dihantar ke alamat emel lama (@ukm.my) akan dilencongkan (redirect) ke alamat emel baru (@ukm.edu.my) tetapi dengan syarat ID emel lama mesti sama dengan ID emel baru. (contoh: ID emel lama xyz@ukm.my bersamaan xyz@ukm.edu.my).
S9 : Mengapa page Gmail dipaparkan apabila saya akses ke http://mail.ukm.edu.my?
J9 : Jangan panik, ia adalah sahih. Emel baru (@ukm.edu.my) menggunakan aplikasi google. Oleh itu, ia juga boleh diakses terus melalui Gmail.
S10 : Apabila akses ke http://mail.ukm.edu.my, ia terus masuk ke akaun gmail saya. Bagaimana cara untuk akses ke akaun @ukm.edu.my saya?
J10 : Dapatkan butang Add account untuk tambah akaun @ukm.edu.my. Kemudian login seperti di Jawapan 3 (J3).
i. Klik icon disebelah atas penjuru kanan ; ATAU
ii. Jika dipaparkan untuk pilih akaun, Klik Add account.
S11 : Saya ada memohon untuk emel baru atas nama xxx@ukm.edu.my tapi tidak boleh kerana alasan sudah digunakan. Padahal emel saya yang lama adalah xxx@eng.ukm.my. Jadi bolehkah saya nak tukar emel yang baru itu kepada nama emel lama saya iaitu xxx@ukm.edu.my agar lebih seragam?
J11 : xxx@ukm.edu.my telah digunakan oleh pengguna lain. Ada staff lain yang telah lama menggunakan xxx@ukm.my.
Perpindahan akaun emel hanya melibatkan akaun pengguna @ukm.my sahaja. tidak melibatkan domain lain iaitu @eng.ukm.my / @ptm.ukm.my / @eoc.ukm.my / @ftsm.ukm.my / @medic.ukm.my dll. Namun jika pengguna domain lain ingin memohon emel baru perlu menggunakan id lain.
BAHAGIAN E-MEL
S1 ‹ Bagaimana untuk memohon E-mel bagi kakitangan baru?
Sila layari laman web http://www.ukm.my/spek.
S2 ‹ Kenapa orang lain boleh menerima E-mel dari saya, tetapi saya tidak menghantarnya?
Kemungkinan komputer anda telah dijangkiti virus/worm yang boleh menghantar E-mel simpanan anda ke alamat E-mel yang ditemui di dalam buku alamat.
S3 ‹ Saya menerima E-mel dari orang yang tidak dikenali, perlukah saya membuang (delete) E-mel tersebut?
Anda perlu berhati-hati untuk membaca E-mel samada dari orang yang dikenali atau tidak dikenali. Sekiranya anda mengesyaki E-mel yang diterima mengandungi virus terus buang dari komputer/folder dan trash anda.
S4 ‹ Saya menerima banyak E-mel pada satu masa dari orang yang sama dengan kandungan/fail lampiran yang tiada kaitan dengan saya. Apa yang perlu saya lakukan?
Tindakan yang perlu diambil ialah :
- Sekiranya anda mengenali pengirim E-mel tersebut, hubungi beliau untuk memastikan E-mel yang banyak itu memang dihantar oleh pengirim kepada anda. Sekiranya beliau tidak menghantarnya, kemungkinan besar komputer pengirim E-mel tersebut dijangkiti virus.
- Anda harus terus buang (delete) E-mel tersebut.
- Anda perlu kemaskini (update) anti-virus definition file dan scankomputer anda.
S5 ‹ Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan dari terkena virus menerusi E-mel?
Tindakan yang perlu diambil ialah :
- Pastikan perisian anti-virus anda mempunyai Definition‘ yang terbaru supaya mudah untuk ia mengesan virus yang ada di dalam E-mel.
- Elakkan dari membuka/membaca E-mel yang diterima daripada orang yang tidak dikenali berkenaan perkara yang meragukan terutamanya yang mengandungi fail lampiran.
- Jangan buka terus fail lampiran yang diterima. Pindahkan fail lampiran ke dalam komputer, scan fail itu menggunakan perisian anti-virus anda.
- Terus buang (delete) E-mel tersebut dari folder anda dan dari folder TRASH.
- Pastikan anda scan komputer anda sekurang-kurangnya sehari sekali.