PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN INOVASI UKM 2025 & TAKLIMAT PEMBUKAAN

PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN INOVASI UKM 2025 & TAKLIMAT PEMBUKAAN
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM
) akan membuka permohonan Geran Inovasi UKM 2025, bermula pada 25 April 2025 dan dibuka sepanjang tahun.
Output projek adalah merangkumi TIGA (3) perkara berikut:
a) Prototaip yang berjaya mencapai objektif yang telah diluluskan;dan
b) Prototaip dikomersialkan kepada Syarikat Kolaborasi atau syarikat lain yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak; dan
c) Penghasilan sekurang-kurangnya satu (1) harta intelek (HI).
Garis Panduan dan Borang Permohonan Geran Inovasi atau boleh juga dimuat turun melalui pautan seperti berikut:
a. Garis Panduan Dana inovasi (DI)
https://www.ukm.my/inovasi-ukm/download/1830/…
b. Borang Permohonan Dana Inovasi (DI)
https://www.ukm.my/inovasi-ukm/download/800/…
Untuk makluman, Garis Panduan Geran Inovasi 2025 sedang dalam proses pindaan. Borang permohonan Geran Inovasi 2025 akan diisi dan dihantar oleh pemohon dengan lengkap.
Taklimat Pembukaan Geran Inovasi 2025 akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 25 April 2025
Masa : 9.00 pagi- 10.00 pagi
Pelantar : Zoom Meeting
Pautan : https://ukm-edu-my.zoom.us/j/98114055100…
Sekiranya terdapat persoalan mengenai pembukaan Geran Inovasi 2025 & Taklimat Pembukaan, sila hubungi Urus setia Geran, Encik Firdaus Banhawi (emel: firban@ukm.edu.my No. Tel: 03-8921 4821).