PELANTIKAN KETUA BAHAGIAN HARTA INTELEK & PEMINDAHAN TEKNOLOGI – PUSAT INOVASI & PEMINDAHAN TEKNOLOGI (INOVASI@UKM™)

(Last Updated On: 05/07/2021)

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah buat Puan Sherry Sokmum di atas pelantikan sebagai Ketua Bahagian Harta Intelek & Pemindahan Teknologi, Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM™) yang baharu mulai 1 JULAI 2021 bersamaan dengan 21 ZULKAEDAH 1442 Hijri.

Kami warga kerja INOVASI@UKM™ amat mengalu-alukan pelantikan puan sebagai Ketua Bahagian Harta Intelek & Pemindahan Teknologi. Semoga dengan berbekalkan kepakaran dan bakat kepimpinan puan, Unit Pengurusan Harta Intelek dan Unit Pemindahan Teknologi dapat terus memacu kejayaan demi kejayaan dalam bidang penyelidikan berimpak tinggi dan pengkomersialan produk universiti ke pasaran negara serta antarabangsa.