Lulus Kursus Profesional WIPO Academy

(Last Updated On: 02/05/2020)

TIGA (3) orang eksekutif dari unit Innovation Investment (InnoVest), Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM) telah mengikuti kursus jarak jauh yang telah dianjurkan oleh pihak WIPO Academy. Butiran bagi kursus dan ahli yang terlibat adalah seperti berikut:-

Kod Kursus : DL-101

Nama Kursus : General Course on Intellectual Property (version 2)

Tempoh Masa : 10-Feb-2020 ― 06-Apr-2020

Ahli Innovest yang terlibat:

  1. Encik Mohd Firdaus bin Md Sahat
  2. Puan Nur Suhana binti Abd Gani
  3. Encik Muhammad Amirul Azri bin Che Rahim

Peperiksaan akhir telah dijalankan pada 15 April 2020 dan kesemua yang terlibat telah lulus dengan jayanya.

Seluruh warga Pusat Inovasi & Pemindahan Teknologi (INOVASI@UKM) mengucapkan TAHNIAH dan selamat maju jaya kepada ketiga-tiga mereka.