Kursus Pengukuhan Kompetensi Pegawai Fokal Integriti (PFI) UKM 2025
21 Mei 2025 – Unit Integriti dan Ombudsman (UIO), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Kompetensi Pegawai Fokal Integriti (PFI) pada 20 hingga 21 Mei 2025 bertempat di Bilik Bankuasi, Bangunan Canselori, UKM.
Kursus selama dua hari ini menghimpunkan seramai 50 orang Pegawai Fokal Integriti (PFI) yang telah dilantik mewakili Pusat Tanggungjawab (PTj) bagi sesi 2024–2026.
Pelbagai pengisian telah dilaksanakan meliputi aspek integriti dan tatakelola baik, komunikasi dan advokasi integriti, pengurusan kes gangguan seksual, risiko integriti, serta isu rasuah dan langkah pencegahan.
Kursus turut diserikan dengan bacaan Ikrar Bebas Rasuah oleh barisan PFI disaksikan oleh Tuan Kesavan Rathakrishnan, Penolong Kanan Penguasa, Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai simbol komitmen warga UKM untuk memerangi rasuah di tempat kerja.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan universiti dalam memperkasakan budaya integriti, kebertanggungjawaban dan sistem tadbir urus yang baik di peringkat PTj.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, penceramah, serta pihak yang telah menjayakan penganjuran kursus ini.
