Program Bicara Integriti Siri 04/2026
Pusat Integriti & Ombudsman ingin menjemput YBhg. Prof. Ulung/Prof./Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, untuk menghadiri Program Bicara Integriti Siri 04/2026 ini seperti ketetapan berikut:
Tajuk : “Dari Kesedaran kepada Tindakan: Mencegah Buli dan Membina Tempat Kerja Sejahtera”
Penceramah : Dr. Daniella Maryam Mohamed Mokhtar, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia,Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.
Tarikh : 4 Ogos 2026 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengahari
Platform : Zoom (Terbuka kepada 500 peserta awal)
Pautan Pendaftaran : Sistem Urus Bakat UKM

Penyertaan ini adalah terbuka kepada semua warga UKM. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat ini di talian 03-89215009/3182 atau melalui e-mel integriti@ukm.edu.my.
