Ucapan Tahniah: Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer (CeIO))

Unit Integriti & Ombudsman mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Ahmad Sharif Haron, Penolong Pendaftar, Unit Integriti & Ombudsman UKM atas pengiktirafan sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (Certified Integrity Officer (CeIO)) sempena Majlis Konvokesyen CeIO Kali Ke-11 anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) bertempat di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 22 April 2025.

Semoga pengiktirafan ini menjadi suluh amanah dan pemangkin integriti sepanjang perkhidmatan.
 

Similar Posts