Unit Integriti USIM timba ilmu dari perkongsian pengalaman Unit Integriti dan Ombudsman UKM membangunkan OACP/PTIUKM

NILAI, 3 Ogos 2021 – Lawatan secara maya menerusi platform Microsoft Teams ke Unit Integriti dan Ombudsman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi perkongsian UKM kepada USIM dalam pembangunan Pelan Tindakan Integriti UKM (PTIUKM) atau dikenali sebagai Organisational Anti Corruption Plan (OACP). Sesi tersebut dianjurkan oleh Unit Integriti, Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) USIM pada 3 Ogos 2021 yang turut dihadiri oleh Ketua Bahagian SCIROSH, Ketua Bahagian Audit Dalam, Pegawai Jabatan Undang-Undang USIM, Juruaudit Dalam dan staf SCIROSH.

Sesi lawatan dimulakan dengan pengenalan oleh pihak USIM oleh Haji Mazlan Nawang, Ketua Bahagian SCIROSH dan diteruskan dengan pembentangan Sejarah Penubuhan Unit Integriti UKM dan maklumat korporatnya oleh Encik Rajan Munusamy. Sesi Perkongsian Pembangunan PTIUKM/OACP UKM dibentangkan oleh Encik Hairuzzaki Mohd Yusof, Ketua Unit Integriti dan Ombudsman bermula daripada penubuhan Jawatankuasa Pembangunan sehingga kepada kelulusan dan pelancaran buku PTIUKM.

Pihak USIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Unit Integriti dan Ombudsman UKM atas kesudian menerima kunjungan daripada pihak USIM secara maya dan juga kerjasama pihak UKM dalam memberi perkongsian kepada USIM dalam pembangunan OACP. Berdasarkan kepada sesi perkongsian dan penerangan tersebut, pihak USIM akan mengusahakan pembangunan OACP di USIM dengan khidmat nasihat daripada pelbagai pihak bagi memastikan sistem tadbir urus yang terbaik, berintegriti dan bercirikan anti-rasuah.

Disediakan oleh,

 

Faizudin Ahmad
Unit Integriti
Bahagian Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
3 Ogos 2021

 

Sumber Artikel: https://scirosh.usim.edu.my/unit-integriti-usim-timba-ilmu-dari-perkongsian-pengalaman-unit-integriti-dan-ombudsman-ukm-membangunkan-oacp-ptiukm

Similar Posts