Inclusive Open Educational Resources

Pengajaran Bantuan Komputer

Pengajaran ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang proses mereka bentuk sistem pengajaran yang melibatkan penggunaan komputer dan teknologi terkini dalam pendidikan dan juga dalam persekitaran industri. Kursus ini juga akan menghuraikan teori pengajaran dan pembelajaran secara am dan aplikasi teori tersebut dalam pembangunan persekitaran, bahan dan aktiviti pembelajaran berasaskan teknologi serta metodologi pengajaran dan pembelajaran bantuan komputer dan teknologi bersama pihak industri. Pelajar juga diberi pendedahan tentang proses yang terlibat dalam pembangunan teknologi pembelajaran dan strategi penggunaan teknologi tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan persekitaran industri.

Skip to content