Penanaman 1 juta pokok bagi membantu usaha Kempen Penghijauan Malaysia yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Kolaborasi strategik antara ANGKASA dan UKM melalui INSTITUT PERUBAHAN IKLIM (IPI) akan menghasilkan Modul pembelajaran dan pengajaran “Sejuta Pokok Segunung Harapan” serta program kesedaran berbentuk “Train of Trainers” (ToT) yang akan dilaksanakan kepada koperasi sekolah, koperasi siswa dan koperasi di kawasan komuniti di seluruh Malaysia bagi memberi pendidikan asas merangkumi maklumat asas berkaitan jenis dan fisiologi pokok, konsep tanaman, penjagaan pokok dan penghasilan baja kompos, garis panduan pengukuran tumbesaran pokok dan penyelenggaraan tanaman pokok.
OBJEKTIF
-
Community Engagement
Melaksanakan program berbentuk “community engagement” untuk meningkatkan penglibatan komuniti dan agensi menerusi koperasi untuk menanam sejuta pokok.
-
Memulihara Hutan Terosot
Membantu memulihara hutan terosot (degraded forest) menerusi pemulihan
20 ekar hutan simpan Negeri Selangor yang akan dijadikan sebagai tapak projek tanaman pokok hutan yang dinamakan “Hutan Angkat Koperasi”.
-
Melestarikan Alam Sekitar
Membantu usaha kerajaan dalam melestarikan alam sekitar dimana kerajaan menyasarkan peningkatan sekurang-kurangnya 20% keluasan hutan (terrestrial & inland water) di Malaysia dalam tempoh 10 tahun (2025).
-
Penerbitan Modul
Memberi pendidikan asas dan memupuk kesedaran kepada pelajar dan masyarakat setempat akan peranan ekosistem hutan kepada perubahan iklim negara dan dunia menerusi penerbitan modul pembelajaran dan program “Train of Trainers” (ToT)

