Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) selaku Pusat Tanggungjawab (PTj) rintis bagi pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti (EKSA) telah menganjurkan Gotong-Royong Perdana EKSA Bil. 2/2023 sebagai usaha berterusan dalam memperkukuhkan budaya kerja yang sistematik, bersih dan kondusif. Program ini melibatkan penyertaan aktif daripada seluruh warga JANA@UKM dan dijalankan dengan semangat kerjasama tinggi dalam memastikan kawasan pejabat dan persekitarannya berada dalam keadaan teratur, kemas dan mematuhi kriteria penarafan EKSA.
Aktiviti ini turut merangkumi penyusunan semula ruang kerja, pelabelan aset, pembersihan kawasan luar dan dalam pejabat serta penambahbaikan sudut-sudut EKSA yang dikenalpasti. Usaha ini sejajar dengan aspirasi UKM untuk mewujudkan persekitaran kerja yang profesional, selamat dan produktif. Gotong-royong perdana ini juga menjadi platform untuk mengukuhkan semangat berpasukan dalam kalangan staf sambil memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap penjagaan tempat kerja.