Sesi lawat periksa di tapak kiosk makanan minuman, Aras 3, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UKM oleh Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti & Digital) Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM), YBrs. Dr. Mustazar Mansur.
Lawat periksa ini dijalankan bagi melihat tahap kemajuan kerja-kerja ubahsuai dan penyelenggaraan yang sedang dilaksanakan oleh syarikat yang telah dilantik dan memastikan pelaksanaan kerja menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh UKM.