Satu perbincangan telah diadakan oleh Unit Ruang JANA@UKM bersama wakil syarikat He & She Coffee Sdn. Bhd.
Perbincangan ini telah dihadiri oleh Dr. Mustazar Mansur (Timbalan Pengarah Eksekutif, Pengurusan Fasiliti & Digital) JANA@UKM, pegawai Unit Ruang iaitu Puan Athirah Abdul Aziz, Encik Mohd Shazwan Mohd Shahadan dan Encik Muhammad Azfar Aznin.
Perbincangan yang diadakan adalah berkenaan proses kerja-kerja penyelenggaraan seperti membaik pulih ruang perkhidmatan Kafe He & She.
Perbincangan penambahbaikan beberapa aspek pengoperasian juga menjadi keutamaan seperti kualiti makanan dan minuman serta strategi untuk meningkatkan jumlah pelanggan sama ada daripada warga mahupun bukan warga UKM.