Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) bersama Jabatan Bendahari telah berjaya menganjurkan Majlis Penandatanganan dan Penyampaian Sijil Aku Janji Sasaran Penjanaan Pendapatan bagi Fakulti, Institut, Hospital dan Pusat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Majlis yang berlangsung pada 22 Mac 2024 ini bertujuan mengukuhkan komitmen setiap PTj dalam mencapai sasaran penjanaan pendapatan yang telah ditetapkan bagi tahun 2024.
Program ini menandakan satu langkah penting dalam memperkasakan usaha penjanaan hasil universiti secara terancang dan bersepadu. Penyampaian sijil aku janji turut menjadi simbolik pengiktirafan terhadap komitmen PTj dalam mencapai matlamat kewangan, sekaligus menyemarakkan semangat kerjasama dan tanggungjawab bersama dalam memastikan kecemerlangan UKM terus diperkasakan.