Satu lawat periksa kerja-kerja naik taraf Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh telah diadakan bagi memastikan segala proses pembaikan dan penambahbaikan berjalan lancar mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan. Lawatan ini disertai oleh YBrs. Prof Madya Dr. Mustazar Mansur bersama pegawai dari JANA@UKM, Encik Muhammad Shazwan Mohd Shahadan.
Semasa lawatan, pihak pengurusan dan pegawai terlibat meneliti kemajuan kerja, memeriksa kualiti bahan dan pelaksanaan serta membincangkan sebarang isu yang perlu ditangani bagi memastikan projek selesai dengan jayanya. Inisiatif ini mencerminkan komitmen UKM dalam mempertingkatkan fasiliti kampus demi keselesaan dan keselamatan warga universiti.