Sesi Lawat Periksa di Kedai Dobi Kolej Dato’ Onn (KDO)

9 Julai 2024

Pada 9 Julai 2024, satu sesi lawat periksa telah dijalankan di Kedai Dobi Kolej Dato’ Onn (KDO) yang dipimpin oleh YBrs. Prof Madya Dr. Mustazar Mansur. Lawatan ini bertujuan untuk menilai keadaan fasiliti dan operasi kedai dobi tersebut bagi memastikan ia memenuhi standard kualiti dan keperluan pengguna di kampus.

Sepanjang sesi tersebut, penilaian terperinci dilakukan ke atas aspek kebersihan, penyelenggaraan peralatan serta pengurusan operasi kedai dobi. Lawatan ini turut menjadi platform untuk mengenal pasti ruang penambahbaikan dan memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat memenuhi jangkaan komuniti kampus secara efektif dan efisien.