Mesyuarat Operasi Perkhidmatan Beam Mobility Sdn. Bhd.

12 Julai 2024

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro Naib Canselor (Penjanaan & Prasarana)/Pengarah Eksekutif JANA@UKM.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti & Digital) JANA@UKM, Dr. Masdalina Azhari, Pengarah Pusat Kesihatan Universiti UKM, Mejar (B) Dato’ Asri Ahmad, Pengarah Bahagian Keselamatan UKM, Encik Abdul Qaiyum Borhan, Penolong Pendaftar Kanan HEP-UKM, Puan Nasywa Sahrozi, Penolong Pendaftar JANA@UKM, En Muhammad Alif Zikry Mohd Rozi, Naib Presiden KMUKM dan wakil daripada Beam Mobility Sdn. Bhd.

Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu keselamatan warga UKM bagi penggunaan e-skuter dan hal-hal lain yang berkaitan.