Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mengadakan Majlis Konvokesyen UKM ke 50 bermula pada 26 November hingga 1 Disember 2022. Majlis ini julung-julung kali diadakan pada fasa endemik bagi membuka ruang kepada orang ramai untuk hadir. Pelbagai program akan berlangsung antaranya adalah Karnival Konvokesyen UKM yang akan bermula pada 25 November 2022.
Sehubungan itu, JANA@UKM menjemput orang ramai untuk memeriahkan Karnival Konvokesyen UKM bertempat di Dataran Panggung Seni UKM (bersebelahan DECTAR). Diharapkan kehadiran anda semua dapat menyerikan lagi
Karnival Konvokesyen UKM ini.