Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 anjuran Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) telah diadakan pada hari Jumaat, 20 Mei 2022 bertempat di Bilik Bankuasi, Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Majlis ini diadakan sebagai salah satu usaha mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim dalam kalangan warga JANA@UKM serta rakan-rakan strategik yang turut hadir memeriahkan sambutan.
Dalam majlis yang sama, satu sesi penghargaan turut diadakan bagi meraikan perkhidmatan dan sumbangan Puan Suriani Shuhatdi atas komitmen serta dedikasi beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya di JANA@UKM.