Pada 4 Julai 2022 (Isnin), telah berlangsung Majlis Penghargaan dan Perpisahan bertempat di Cafe Canseloria UKM bagi meraikan dan menghargai jasa serta sumbangan Cik Noor Siti Hamizah Norizam, Pn. Umihana Kongit, En. Asbur Nanyan, Pn. Che Salehah Abdullah, Pn. Norlila Sa’ari dan En. Daud Hassan.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan dedikasi mereka sepanjang berkhidmat di UKM. Semoga kenangan manis yang tercipta kekal abadi, dan segala jasa yang dicurahkan akan terus dikenang. Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi selepas ini.