Bengkel Pemurnian Dasar Penjanaan Pendapatan Agihan (Hasil Boleh Agih) dan Prosedur Kerja bagi Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) serta Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) UKM telah berlangsung dengan jayanya dari 29 hingga 31 Julai 2022 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Hotel Lexis, Port Dickson.
Bengkel ini bertujuan memperkemas dan menyelaraskan dasar serta prosedur kerja berkaitan penjanaan pendapatan di kalangan kedua-dua jabatan bagi memastikan pengurusan yang lebih cekap dan berkesan.