Pada 22 Ogos 2022, telah berlangsung Taklimat Tatacara Permohonan Lesen Perniagaan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan kerjasama Kolej Keris Mas dan pengusaha ruang niaga. Sesi ini bertujuan memberikan pencerahan kepada pengusaha mengenai prosedur permohonan lesen yang betul dan mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan. Taklimat ini berjaya dilaksanakan dengan kehadiran yang memberangsangkan serta perbincangan yang konstruktif antara pihak-pihak terlibat.