Bengkel Pembangunan Tatacara Kewangan bagi Strategic Business Unit (SBU) telah diadakan pada 6 September 2022 bertempat di Bangi Resort Hotel. Bengkel ini bertujuan membangunkan satu tatacara kewangan yang sistematik, telus dan komprehensif bagi memperkukuh pengurusan kewangan SBU di UKM. Inisiatif ini juga merupakan langkah ke arah pemantapan tadbir urus kewangan yang lebih cekap dan berintegriti.