Pada 13 September 2022, Bahagian Fasiliti dan Digital, Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) telah mengadakan lawatan tapak ke Kolej Keris Mas bagi meninjau pelaksanaan dan keadaan semasa perkhidmatan dobi layan diri yang disediakan kepada pelajar. Lawatan ini bertujuan memastikan kemudahan beroperasi dengan baik serta memenuhi keperluan pengguna dari aspek fungsi dan keselamatan.