Taklimat dan Lawatan Tapak Berkaitan Bidaan Penjanaan Perkhidmatan Gambar Konvokesyen UKM ke-50

6 Oktober 2022

Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak di antara pihak JANA@UKM, JPP & Syarikat telah diadakan pada 6 Oktober 2022 (Khamis) bertempat di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (DTAMS) & Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR).
Syarikat telah diberikan penerangan secara terperinci oleh pihak JANA@UKM & JPP berkaitan Bidaan Penjanaan (BP) bagi Menjalankan dan Menguruskan Perkhidmatan Mempromosi, Mengambil, Mencetak dan Mengedar Gambar Graduan (Studio) di Majlis Konvokesyen Ke-50 UKM Tahun 2022.