Pada 10 November 2022, Pro-Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana merangkap Pengarah Eksekutif JANA@UKM, Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, bersama Timbalan-Timbalan Pengarah JANA@UKM, Dr. Mustazar Mansur dan Dr. Azlina Ahmad, telah mengadakan lawatan ke Café Rendau Rasa bagi meninjau persekitaran baharu café tersebut sempena pembukaan semula pada tarikh yang sama. Semoga pembukaan semula café ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga UKM, khususnya para pelajar.”