Lawatan Pemeriksaan Hasil Pembaikan Fasiliti di Dewan Kuliah KTAMS

11 November 2022

Pada 10 November 2022 telah berlangsung lawatan ke Dewan Kuliah KTAMS oleh Prof. Dr. Norhamidi Muhamad, Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana), Dr. Mustazar Mansur, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pengurusan Fasiliti dan Digital) disertai pegawai JANA@UKM, En. Muhammad Shazwan Mohd Shahadan, En. Muhammad Amin Abd Rahman bagi melihat hasil kerja pembaikan meja dan kerusi yang telah selesai dibaiki pada 5 November 2022. Hasil lawatan pemeriksaan kerosakan oleh TPE (Pengurusan Fasiliti dan Digital) pada 24 Mac 2022, proses pembaikian kerosakan berjalan dengan lancar dan fasiliti dapat digunakan oleh warga UKM.