Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) menzahirkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sr. Ts Dr. Mohammad Firdaus b Ishak, Pegawai Tadbir di JANA@UKM, atas kejayaan cemerlang memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) bidang Alam Bina dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kejayaan ini mencerminkan iltizam serta komitmen beliau dalam mengejar ilmu pada tahap tertinggi.
Semoga langkah gemilang Sr. Ts Dr. Mohammad Firdaus b Ishak terus menjadi inspirasi kepada warga UKM dalam menjejak kecemerlangan ilmu dan pembangunan sahsiah.


