Unit ICT

Unit ICT bertanggungjawab membangunkan, menyelenggara dan menambah baik Sistem Tempahan Dalam Talian Universiti (STATUS), iaitu platform tempahan ruang rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Unit ini berperanan memastikan sistem beroperasi dengan cekap, selamat dan mesra pengguna bagi menyokong proses pengurusan serta penyelarasan tempahan ruang di seluruh universiti.

Sistem Tempahan Dalam Talian Universiti (STATUS)

Fungsi utama Unit ICT adalah seperti berikut:
  • Mengurus dan menyelenggara operasi harian STATUS termasuk pemantauan prestasi, kemas kini dan keselamatan sistem.

  • Menyediakan sokongan teknikal kepada urusetia ruang, pentadbir sistem dan pengguna akhir bagi memastikan kelancaran urusan tempahan.

  • Melaksanakan penambahbaikan berterusan terhadap fungsi dan reka bentuk sistem bagi meningkatkan kecekapan, kestabilan dan mesra pengguna.

Keupayaan dan Keberkesanan Sistem

Tempahan Dalam Talian

Membolehkan pengguna membuat permohonan tempahan ruang pada bila-bila masa dan di mana-mana lokasi.

Laporan dan Statistik

Menjana laporan penggunaan ruang, pendapatan serta kadar tempahan secara sistematik.

Keselamatan Akses

Menggunakan integrasi dengan sistem SSO UKM bagi tujuan pengesahan dan kawalan akses pengguna.

Notifikasi Automatik

Menyampaikan makluman status permohonan melalui e-mel kepada pengguna secara automatik.

Capaian Perkhidmatan Dalam Talian

Hubungi Kami