Lawatan Penandaarasan ke Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Kampus Kesihatan USM

14 Oktober 2025

Lawatan Penandaarasan ke Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah diadakan pada 14 Oktober 2025 bertempat di Kubang Kerian, Kelantan.
 
Tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengadakan sesi perbincangan dua hala berkaitan pengurusan dan perkhidmatan aktiviti penjanaan pendapatan, khususnya dalam aspek kecekapan tenaga lestari di Kampus Kesihatan USM.
 
Selain itu, lawatan ini turut bertujuan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung perancangan, pelaksanaan dan keberhasilan projek kecekapan tenaga lestari kampus yang telah dijalankan oleh USM, sebagai rujukan dan penanda aras kepada inisiatif seumpamanya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
 
Lawatan ini disertai oleh:
  • Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan) JANA@UKM, YBrs. Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh@Hussain.
  • Felo Bersekutu SERI UKM, YBrs. Dr. Nurul Syakirah Nazri.
  • Ketua Unit Awam JPP UKM, Ir. Mohd Firdaus Shaharudin;
  • Ketua Unit Infostruktur & Tenaga JPP UKM, Encik Muhammad Syahidi Hasbullah.
  • Jurutera (Mekanikal) JPP UKM, Ts. Ahmad Muzakkir Ahmad Tajuddin.
  • Wakil JANA@UKM dan pihak JPPF USM.