Pada 23 Disember 2025 bertempat di Menara Kerja Raya, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur, YBrs. Ir. Zularifin Sejo, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan dan Yang Menjalankan Tugas Pengarah Perkhidmatan Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah menyempurnakan Majlis Penyerahan SST bagi Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria (Grid Connected PV System) di Bangunan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), UKM kepada syarikat Intelligent Power System Technology Sdn Bhd.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Sr Ts. Dr. Adi Irfan Che Ani, Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) UKM; YBhg. Dato’ Ir Dr. Hj. Nasehir Khan E.M Yahaya, Ketua Pengarah, National Water Research Institute of Malaysia (NAHRIM); YBrs. Ir. Dr. Abdul Muhaimin Mahmud, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik serta YBrs. Prof. Madya Dr. Afifuddin Husairi Mat Jusoh @ Hussain, Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan) JANA@UKM.
Pelaksanaan projek ini dijangka dapat meningkatkan kelestarian penggunaan tenaga dan keselesaan pengguna, serta menyokong inisiatif tenaga solar dalam meningkatkan kecekapan tenaga dan kelestarian alam sekitar.