Satu mesyuarat berkaitan pemerkasaan pembangunan pendapatan bagi anak syarikat di bawah UKM Holdings telah diadakan pada 11 Mei 2026.
Mesyuarat ini memberi fokus kepada usaha memperkukuh strategi penjanaan pendapatan, meneroka peluang perniagaan strategik baharu serta memperkasa peranan anak syarikat dalam menyokong agenda kelestarian kewangan universiti secara lebih mampan, progresif dan berimpak.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Sharifah Zarah Syed Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah UKM Holdings dan turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada anak syarikat di bawah UKM Holdings. Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) telah diwakili oleh Pro Naib Canselor, Prof. Adi serta Timbalan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Pendapatan), Prof. Madya Dr. Afifuddin Husairi Hussain.
Dalam mendepani cabaran ekonomi semasa serta keperluan universiti untuk memperkasa kemampanan kewangan, JANA@UKM komited memperkukuh ekosistem penjanaan pendapatan universiti melalui pendekatan strategik, inovatif dan berimpak, selaras dengan aspirasi UKM ke arah kelestarian kewangan dan kecemerlangan institusi.