Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:
NO. BIDAAN PENJANAAN: UKM.FUU.400-3/4/1
TAJUK BIDAAN: BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI FAKULTI UNDANG-UNDANG (FUU), UKM BANGI
SYARAT PENDAFTARAN : 040103 – Makanan Bermasak (Islam)
TARIKH BUKA BIDAAN: 06 Julai 2026 (Isnin)
TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 13 Julai 2026 (Isnin) pada 10.00 pagi.
Berkumpul di Kafeteria, Fakulti Undang-Undang (FUU), UKM Bangi.Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL. Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan. Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.
TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN : 17 Julai 2026 (Jumaat) sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
TARIKH DAN MASA TUTUP BIDAAN: 20 Julai 2026 (Isnin) sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
Untuk makluman yang lebih lanjut berkenaan bidaan ini, sila klik dipautan berikut:
Kafeteria Di Fakulti Undang-Undang (FUU), UKM Bangi
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Encik Ahmad ‘Abqari Mohd Fadzil / / Puan Jumriah Nunurung di alamat e-mel: abqari99@ukm.edu.my / ppfuu@ukm.edu.my atau jumriah@ukm.edu.my.
Sekian, terima kasih.