Lawatan Penandaarasan JANA@UKM Ke Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEI), UTeM

06 Julai 2026

Pada 6 Julai 2026 (Isnin), satu lawatan penandaarasan dari Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) ke Pusat Alam Sekitar Pintar (CENSEI), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya dianjurkan.
 
Delegasi lawatan ini telah diketuai oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Afida Ayob, Pengurus Tenaga Berdaftar JANA@UKM. Pasukan delegasi ini turut disertai oleh wakil-wakil dari Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM) dan Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP UKM), iaitu: Ts. Ahmad Muzakkir Ahmad Tajuddin – Jurutera, Ketua Unit Mekanikal, Bahagian Pembangunan, Ir. Mohamad Shahril Hussain – Jurutera, Ketua Unit Elektrik, Bahagian Penyelenggaraan, En. Mohd Farif Abd Rahman – Jurutera, Ketua Unit Elektrik (JPP KKL), En. Muhammad Syahidi Hasbullah – Juruukur Bangunan, Ketua Unit Infostruktur, Bahagian Pembangunan, Sr. Muhammad Amartur Rahman Zainal Abidin – Pegawai Penyelidik, Unit Infostruktur, dan En. Noor Irwan Amri – Pegawai Tadbir, Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM).
 
Pihak delegasi UKM telah disambut mesra oleh barisan pengurusan CENSEI, UTeM yang diketuai oleh Timbalan Pengarah CENSEI, Puan Siti Rohana Omar, dan Ir. Dr. Zul Hasrizal Bohari, Ketua Bahagian Tenaga Pintar CENSEI, UTeM.
 
Objektif utama lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan informasi dan mengadakan perbincangan strategik yang menjurus kepada pelaksanaan Pengurusan Tenaga, selari dengan keperluan Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA 2024). Di samping itu, pertemuan ini menjadi ruang terbaik bagi kedua-dua institusi berkongsi ilmu, pengalaman, serta amalan terbaik khususnya dalam memartabatkan kelestarian pengurusan tenaga.
 
Semoga inisiatif seperti ini dapat terus memperkukuhkan kerjasama antara UKM dan UTeM dalam merealisasikan kecekapan tenaga lestari di kampus.