Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:
NO. BIDAAN PENJANAAN: UKM.KPZ.400/7/2/1
TAJUK BIDAAN: BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN (SILA RUJUK LAMPIRAN A) DI KOLEJ PENDETA ZA’BA (KPZ), UKM BANGISYARAT PENDAFTARAN : Sila Rujuk Senarai Kod Bidang di LAMPIRAN A
TARIKH BUKA BIDAAN: 10 September 2026 (Khamis)
TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 17 September 2026 (Khamis) pada 10.00 pagi.
Berkumpul di Kafeteria, Kolej Pendeta Za’ba UKM Bangi. Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL. Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan. Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.
TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN : 23 September 2026 (Rabu) sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
TARIKH DAN MASA TUTUP BIDAAN: 24 September 2026 (Khamis) sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
Untuk maklumat lanjut berkenaan bidaan penjanaan ini, sila klik pautan di bawah:
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Encik Ahmad ‘Abqari Mohd Fadzil / Pn. Ruhil Haryati Abdul Karim di alamat e-mel: abqari99@ukm.edu.my / ruhilak@ukm.edu.my.
Sekian, terima kasih.

