KAFETERIA 1 DAN/ATAU 2 DI ARAS 1, BANGUNAN CANSELORI, UKM BANGI

Share this post on:

Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:

NO. BIDAAN PENJANAAN: UKM(S).JNA.200-4/3/256


TAJUK BIDAAN: BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA 1 DAN/ATAU 2 DI ARAS 1, BANGUNAN CANSELORI, UKM BANGI

SYARAT PENDAFTARAN : 040103 – Makanan Bermasak (Islam)


TARIKH BUKA  BIDAAN: 22 September 2026 (Selasa)

TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 29 September 2026 (Selasa) pada 10.00 pagi.

Berkumpul di Dataran, Aras 1 Bangunan Canselori, UKM Bangi. Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL. Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan. Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.


TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN : 05 Oktober 2026 (Isnin) sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)

TARIKH DAN MASA TUTUP  BIDAAN: 06 Oktober 2026 (Selasa) sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM).

Untuk makluman lebih lanjut berkenaan bidaan penjanaan ini, sila klik pautan dibawah:

BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA 1 DAN/ATAU 2 DI ARAS 1, BANGUNAN CANSELORI, UKM BANGI


Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Puan Athirah Abdul Aziz di alamat e-mel: athirah.aziz@ukm.edu.my

Sekian, terima kasih.