KADAR BAHARU BAGI SEWAAN RUANG DAN KEMUDAHAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman YBhg. Prof./Prof. Ulung/Prof. Emeritus/Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, UKM
mempunyai dua (2) asas kekuatan iaitu aset intelektual dan aset fizikal. Kedua-dua kekuatan ini boleh digembeling
untuk mengukuhkan kedudukan kewangan UKM. Sumber penjanaan pendapatan yang berasaskan aset fizikal
termasuk aktiviti penyewaan ruang dan kemudahan sedia ada. Semakan kadarsewaan ruang dan kemudahan terakhir
adalah dibuat pada tahun 2019. Berdasarkan amalan industri, semakan kadar sewa disemak setiap tiga (3) tahun agar
kadar yang dikenakan dikemaskini mengikut pasaran semasa. Berikutan wabak COVID-19 yang mengakibatkan
pasaran tidak menentu, JANA@UKM menangguhkan semakan kadar sewa sehingga tahun ini.
3. Sehubungan itu, disertakan kadar sewa baharu seperti di Lampiran 1 yang telah diluluskan oleh
Jawatankuasa Palisi dan Penetapan Kadar (JPPK) Bil.2/2024. Kadar sewa baharu ini berkuatkuasa pada tarikh surat
ini.