BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA, KOLEJ AMINUDDIN BAKI (KAB), UKM BANGI

IKLAN/HEBAHAN – BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI KOLEJ AMINUDDIN BAKI (KAB), UKM BANGI
 
Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:
 
NO. BIDAAN PENJANAAN:   UKM.KAB 01/2025      

TAJUK BIDAAN:  BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KAFETERIA DI KOLEJ AMINUDDIN BAKI (KAB), UKM BANGI
 
SYARAT PENDAFTARAN :  040101 – Makanan Dan Bahan Mentah Kering/Basah / 040102 – Makanan dan Minuman (tin,botol dan bungkus) / 040103 – Makanan Bermasak (Islam)
 
TARIKH BUKA  BIDAAN: 09 April 2025 (Rabu)
 
TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 16 April 2025 (Rabu) pada 10.00 pagi  Berkumpul di Kafeteria, Kolej Aminuddin Baki (KAB) UKM Bangi. Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL. Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan. Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.
 
TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN : 22 April 2025 (Selasa) sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
 
TARIKH DAN MASA TUTUP  BIDAAN:  23 April 2025 (Rabu) sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
Untuk makluman lebih lanjut boleh klik di pauntan ini:
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Pn. Mas Nurul Amirah Abdul Malek /   Pn. Noralisma Ismail di alamat e-mel: mnamirah@ukm.edu.my / lyszam@ukm.edu.my