BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN (SILA RUJUK LAMPIRAN) DI KOLEJ KERIS MAS (KKM), UKM BANGI

Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:
 
NO. BIDAAN PENJANAAN:   UKM.KKM.400-5/1      

TAJUK BIDAAN:  BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN PERNIAGAAN (SILA RUJUK LAMPIRAN) DI KOLEJ KERIS MAS (KKM), UKM BANGI
 
SYARAT PENDAFTARAN :  Sila Rujuk Lampiran A
 
TARIKH BUKA  BIDAAN: 06 Mei 2025 (Selasa)
 
TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 13 Mei 2025 (Selasa) pada 10.00 pagi.   Berkumpul di Kafeteria Kolej Keris Mas, UKM Bangi. Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL. Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan. Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.
 
TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN : 19 Mei 2025 (Isnin) sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
 
TARIKH DAN MASA TUTUP  BIDAAN:  20 Mei 2025 (Selasa)  sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
Untuk makluman lanjut, sila klik pautan dibawah ini:
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Encik Ahmad ‘Abqari Mohd Fadzil /  Muhammad Fitri Azman di alamat e-mel: abqari99@ukm.edu.my / fitriazman@ukm.edu.my