IKLAN/HEBAHAN – BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KEDAI CENDERAMATA DI ARAS 1 BANGUNAN CANSELORI, UKM BANGI
Bidaan Penjanaan adalah dipelawa kepada Syarikat berkelayakan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam Pengkhususan yang berkaitan memberi tawaran kerja berikut:
NO. BIDAAN PENJANAAN: UKM(S).JNA.200-4/ 3/212
TAJUK BIDAAN:BIDAAN PENJANAAN BAGI MENJALANKAN DAN MENGURUSKAN PERKHIDMATAN KEDAI CENDERAMATA DI ARAS 1 BANGUNAN CANSELORI, UKM BANGI
SYARATPENDAFTARAN : 030201 – Cenderamata dan Hadiah
TARIKH BUKA BIDAAN: 03 Jun 2025 (Selasa)
TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN TAPAK: 17 Jun 2025(Selasa)pada 10.00 pagi. Berkumpul di Lot Bank Islam Lama, Aras 1 Bangunan CanseloriUKM Bangi. Taklimat dan Lawatan Tapak adalah DIWAJIBKAN dan perlu dihadiri oleh PEMILIK SYARIKAT ATAU WAKIL. Untuk maksud ini, sila bawa dokumen asal dan satu (1) salinan Perakuan Pendaftaran Syarikat dan dokumen pengenalan diri semasa menghadiri lawatan tapak. Jika tidak dapat hadir sendiri, wakil syarikat hendaklah membawa surat pengesahan sebagai wakil yang ditauliahkan. Dimaklumkan hanya syarikat yang hadir pada sesi taklimat dan lawatan tapak sahaja yang layak membeli Dokumen Bidaan Penjanaan dan menyertai proses bidaan penjanaan ini.
TARIKH DAN MASA AKHIR BELI DOKUMEN BIDAAN : 23 Jun 2025(Isnin)sebelum 5:00 petang mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
TARIKH DAN MASA TUTUP BIDAAN:24 Jun 2025(Selasa)sebelum 12:00 tengahari mengikut jam di Pejabat Pusat Pengurusan Penjanaan UKM (JANA@UKM)
Untuk makluman lanjut, sila klik pautan dibawah ini:
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai notis ini boleh hubungi Puan Athirah Abdul Aziz di alamat e-mel: athirah.aziz@ukm.edu.my