BUKU DASAR

Dasar Penjanaan Pendapatan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Objektif :

  • Menetapkan hala tuju penjanaan pendapatan di UKM melalui dasar, prinsip dan ketetapan yang seragam untuk seluruh PTJ.

  • Menyediakan rujukan rasmi bagi semua proses, prosedur dan garis panduan berkaitan aktiviti penjanaan.

  • Memastikan pematuhan tadbir urus yang telus, teratur dan selaras dengan peraturan universiti.

  • Menyelaras pelaksanaan penjanaan agar setiap PTJ mengikuti standard yang sama dan mengurangkan ketidakseragaman amalan.

  • Meningkatkan kecekapan operasi PTJ dalam merancang, melaksana dan melaporkan aktiviti penjanaan.

  • Memudahkan proses semakan & audit dengan menyediakan dokumen dasar yang lengkap, mudah dicapai dan dikemas kini secara berkala.

  • Mengukuhkan integriti dan akauntabiliti melalui pematuhan kepada dasar, garis panduan dan prosedur yang telah ditetapkan.